Hari Anugerah Kokurikulum dan Hari Keusahaan adalah suatu aktiviti yang akan diadakan dalam bulan Julai untuk mengumpul dana bertujuan membiayai aktiviti dan program sekolah. Bagi menjayakan program ini, keseluruhan warga sekolah, ibu bapa, guru-guru, kakitangan dan semua murid amat diperlukan bekerja sebagai satu pasukan, bekerjasama dan menggembleng tenaga melalui menjual kupon dan menjurus gerai-gerai jualan serta permainan.
Objektif Hari Anugerah Kokurikulum dan Hari Keusahaan ialah:
a. Mengeratkan silaturahim dalam kalangan ibu bapa, guru-guru dan semua warga sekolah.
b. Mengeratkan semangat keusahawanan dalam kalangan warga sekolah.
c. Menambah kewangan persatuan, kelab, badan beruniform dan rumah sukan yang ada di SMK Bandar Baru Seri Petaling.
Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan boleh berjumpa dengan:
- Pn Tan
- Pn Shararina
- Pn Wong
