School History

SMK Bandar Baru Seri Petaling ditubuhkan pada 3 Disember 1990 yang menumpang di SK Bandar Baru Seri Petaling sehingga 9 Oktober 1994.

Pada mulanya , sekolah ini hanya mempunyai 10 orang guru dan 127 pelajar sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat satu kelas Tingkatan 1 dan empat kelas Peralihan. Kemudian, pada tahun 1996, bilangan pelajar dan guru bertambah sehingga memcecah nilai 1800 orang pelajar dan 77 guru serta 9 staf bukan akedemik. Setahun demi setahun, bilangan pelajar dan guru semakin bertambah sehingga mencapai satu tahap.

Pada 10 Oktober 1994, sekolah baru dibina di Jalan Radin untuk memenuhi keperluan penduduk Bandar Baru Seri Petaling dan kawasan di sekitarnya. Sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan 4 tingkat, sebuah kantin dan sebuah bengkel Kemahiran Hidup serta sebuah padang yang memuatkan trek 200 meter juga disediakan.

Beberapa lambang sekolah telah dicipta untuk membina dan mengukuhkan semangat serta kebudayaan sekolah ini. Cogan kata sekolah, "ILMU ASAS KEMAJUAN", dicipta dan memuatkan ke dalam lencana sekolah. Selain itu, lagu sekolah yang dicipta oleh Encik Ahmad Dassilah dengan liriknya digubal oleh Puan Shirley Kew, Puan Sawiyah dan Puan Chen masih digunakan sehingga hari ini, juaga merupakan satu lambang bagi sekolah ini.

Sejajar dengan penambahan pelaajr dalam sekolah ini, pelbagai kemudahan lain disediakan, antaranya ialah gelanggang Tae-Kwan-Do, gelanggang Badminton, Kantin Baru, Makmal Komputer dan gelanggang bola keranjang.

Segala kemudahan ini telah membawa kebangga kepada warga SMK Bandar Baru Seri Petaling, dengan harapan menjadikan sekolah ini sebagai salah sekolah elite dan dapat mencapai matlamat sekolah. Bersesuaian dengan slogan sekolah yang dicipta pada tahun 2004, SMKBBSP, Cemerlang, Gemilang, ini dapat meningkatkan semangat para pelajar SMKBBSP untuk memajukan diri demi mencapai Wawasan 2020.